Thursday 26 April 2012

PENAT NYEE!!!!




hai sahabat-sahabat blogger sekalian...kalian sehat??alhamdullillah kalo sehat..hehe
sy penat nie..bru balik dri jaln2 dgn fren sy...hee tjuan sbnr kmi nak pi skolah amik surat lepas skola..tpi sia2 jak kmi dtg..x jgk dpt amik..ntah apa kerani tu buat smpai surat lepas x siap2 lgi..sy tgok dya duduk jak dlm pejabat tu masa kmi smpai...mcm org yg xda keja nak d bwt  tu relax jak...ingtkan da selesai la tu suma keja rupa2 nya x siap lgi tpi bole plak dya duduk relax....adei kena pegi skola balik ary isnin huh...sy malas bah nie maw balik2 pi skola...law bole maw siap suma satu kali nie tak ..hee kmi pun balik dgn muka yg serius sedih hahaha.....
utk mengubat kesedihan serta kehampaan kami haha kmi pi mkn2 haha lpas mkn lupa da psl kehampaan....haaha sesungguhnya dgn makan bole menghilangkan kesedihan haha merepek jak sy nie...k la bye...

Monday 23 April 2012

rindu kampung



entah bila lagi la sya dpt balik kampung ayah kat johor lagi.rasa macm skejap jak kat sna ary tu...3 minggu je kot..kitorg pegi sna pda 17 dis 2011 n balik ke ld 9 jan 2012....best la kat sna...first smpai sna tu bosan la jgk tak tau nak bwt apa....huh tiap ptg dorg main bola dgn adik lelaki sya...hehe hbt jgk tgok dorg main bola nie...haha lucu pun ada sya nie tgok je la dorg main nak join tak bole haha nnt msuk longkang plak bola tu..hehe kdg2 dorg ajak jgk sya round2 kampung naik motor tpi sya serik la ary tu kmi skit jatuh dri motor huh kalo jatuh x taw la pa jdi hbis la sya haha..nie kazen sy c adib tu pnya psal la bwak motor laju sgt...tkut sy d bwat nya...masa kmi kat sna penah sehari tu umah nenek sya banjir tpi dapur je la yg bnjir sbb dapur kat bwh kan..air sungai pun naik  so apalagi terjun rmai2 la dorg suma dlm sungai tu...seperti besa sy x join maklumlah x pndai berenang...biarpun sy x join tpi sy basah jgk haha kena siram oleh kazen2 sy la boboy,akim, n adib...huh best sgt la kat sna tpi mybe taon nie x dpt blik sna la...so lma lgi la bru dpt jmpa dorg...hehe satu lgi rindu la dgn tok mak....tok mak baik sgt...huhuhu ♥ ♥ ♥


             





Saturday 21 April 2012

kata-kata hikmah



Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.



Friday 13 April 2012

mencantikkan kulit muka


hari nie saya nak share petua mencantikkan kulit muka yg sy dah baca dari satu laman blog.nak tau jgk cara nie berkesan ke x.nnti kalau ada masa saya nak try petua nie hehehehe..



1.  Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
2.  Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
licin.
3.  Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
4.  Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang.
5.  Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
kulit muka akan cerah dan berseri.
6.  Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan  mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.
Sumber : http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_jerawat.htm

Wednesday 11 April 2012

♥ MASTER OF STUDY ♥

annyeonghaseyo to all readers hehe..hari nie sya nak cita psal korean drama tajuk dia MASTER OF STUDY.Firstly tgok taklah hbt mna pun..bila da msuk episod 3 bru la rasa hbt..cita nie actually psal seorang peguam biasa yg memutuskan utk mengajar sekumpulan juvenile student.Dia berjanji utk menghantar mereka berlima ke sebuah kolej yg paling berprestij di negara itu.drama nie ada 16 episod kalau sya x silap la...cita nie actually da lma da around thun 2011 kot x pasti plak...hehe skrg drama nie ada ditayangkan balik kat kbsw... bru je start ditayangkan kembali hehe..adik2 yg masi bersekolah pling sesuai tgok cita nie sebab dia ada bgi tips dan cara2 utk mnduduki peperiksaan..selain itu bnyk iktibar dan pengajaran yg dpt diperolehi dri drama ni...jgn dok tgok cita cintan-cintun jak hehehe...





pelakon bagi drama nie

Kim Soo Ro as Kang Suk Ho
Bae Doo Na as Han Soo Jung
Oh Yoon Ah as Jang Ma Ri
Yoo Seung Ho as Hwang Baek Hyun
Park Ji Yeon as Na Hyun Jung
Go Ah Sung as Gil Pul Ip
Lee Hyun Woo as Hong Chan Doo
Lee Chan Ho as Oh Bong Goo


saya paling suka tgok pelakon2 drama nie especially watak hwang baek hyun yg dilakonkan oleh Yoo Seung Ho hehe cute sgt2...di bwh nie adalah beberapa gambar dia yg super cute tu hehehe...




ok smpai disini saja contengan sya ary nie...bye2...



Saturday 7 April 2012

LAAA,CINTA LAGI?


Pada ketika begini apakah anda sedang dicintai,bercinta atau mencintai?

  • Apabila anda bersama dengannya,anda akui dia istimewa tapi anda berpura2 tak peduli.Tapi bila dia tiada,anda mencari-carinya pula.Pada ketika ini anda sedang dilamun cinta.
  • Walaupun ramai orang di sisi anda,tapi perhatian anda hanya tertumpu  pada nya,itu tandanya anda telah jatuh cinta.
  • kalau anda berasa sangat gembira hanya kerana sepotong sms daripada seseorang yang anda rasakan istimewa,anda sedang tenggelam dalam alam percintaan.
  • Lebih nyata tatkala anda sedang membaca sebuah novel yang sangat menarik,tiba2 muncul seorang dalam minda anda,maka anda sedang bercinta dengan orang berkenaan.
  • Anda jadi cemburu apabila dia terlalu banyak memuji kecantikan orang lain.Eh apasal pulak nak cemburu ni?tak lain sebab arus cinta sedang berputar dalam diri anda.
  • lucu sekali apabila anda rasa sayang nak buang apa juga pemberiannya;tiket bas,pembalut gula2,waima daun kering.kalau lipas gigit benda2 tu semua,anda rasa tak geli nak gigit lipas tu balik.Anda  memang sedang mabuk cinta.



Hah,itulah misterinya cinta.Macam mana rasa gula,tak ada siapa boleh beritahu kecuali anda sndiri merasanya.Macam mana rasa bercinta,tak ada siapa boleh bagi tahu kecuali anda alaminya sendiri.Selamat bercinta untuk kegemilangan bukan kecurangan dan 
kedurjanaan.





Monday 2 April 2012

BAD WOMAN


Ada sesapa kat sini yang minat dgn FT.ISLAND x???kalau ada mesti korang pernah dgr lgu bad woman nie kan??sy nie minat dgn ft island nie..suara penyanyi dia fuh mantap..kebetulan ada seorg mamat nie dia pun minat dgn kumpulan nie..hehe dia tnya dlm bnyk2 lgu ft island sy paling suka lagu yg mana??huhu suma lgu dia sy suka especially lgu love sick hehe apa kes nie mcm org tgah skit cinta haha..tpi dya suka sgt dgr lgu bad woman nie..kbetulan tyme dia gtaw psal lgu nie sy masi blum dgr lgi so dia suruh sy dgr..first dgr mmg best lgu nie..huhu sesuai sgt dgn lelaki yg kena permainkan oleh pompuan..mgkin sbb tu la tjuk lgu nie bad woman..napa dia suka sgt dgr lgu nie..mybe ada kena mengena dgn dia kot..ke dia nak perli sy..hurm sy bkn sejht itu ok hahaha...mgkin dia nie alergic kot dgn wanita hahaha..huh xda ke lgu bad man haha nak jgk dgr lgu mcm tu jgn la asyik pompuan je yg jahat haha...

TINGGIKANLAH HARGA CINTA ANDA


Dalam mendambakan cinta yang tulus mulus,kita memang perlu banyak bergantung pada ILAHI,sebab hanya TUHAN yang mengetahui seluruh isi hati.Kita hanya dapat menduga berdasarkan perspektif kita yang dangkal itu.Kadang2 kita benar; tapi selalunya kita tersilap.Firasat kita dibauri nafsu dan ini selalunya menyebabkan pandangan kita menjadi kelabu.Kita tidak mahu mengadah dan menepuk dahi dengan kata2, 'kenapa aku terlalu bodoh melihat kebaikan pada dirinya,padahal dah nyata dia memang buruk.'
Ketika itu tiada gunanya lagi.Hiduplah anda dengan seorang yang tidak cocok sama sekali dengan anda.Semua yang anda tidak sangka terhadap dia benar2 terjadi di hadapan mata anda.Hendak salahkan siapa?salahkanlah diri sendiri kerana terlalu menurut nafsu tatkala memilih.
Ingat seseorang yang bernama suami adalah seorang teman sepanjang hayat.Anda akan hidup bersamanya selagi hayat dikandung badan.Jika dia tidak sempurna,anda akan menanggung bebannya.Ramai wanita yang sempurna hidupnya sebelum bersuami menjadi tidak terurus selepas itu.
Wahai wanita,berikan harga yang tinggi terhadap cinta anda.