Saturday 7 April 2012

LAAA,CINTA LAGI?


Pada ketika begini apakah anda sedang dicintai,bercinta atau mencintai?

  • Apabila anda bersama dengannya,anda akui dia istimewa tapi anda berpura2 tak peduli.Tapi bila dia tiada,anda mencari-carinya pula.Pada ketika ini anda sedang dilamun cinta.
  • Walaupun ramai orang di sisi anda,tapi perhatian anda hanya tertumpu  pada nya,itu tandanya anda telah jatuh cinta.
  • kalau anda berasa sangat gembira hanya kerana sepotong sms daripada seseorang yang anda rasakan istimewa,anda sedang tenggelam dalam alam percintaan.
  • Lebih nyata tatkala anda sedang membaca sebuah novel yang sangat menarik,tiba2 muncul seorang dalam minda anda,maka anda sedang bercinta dengan orang berkenaan.
  • Anda jadi cemburu apabila dia terlalu banyak memuji kecantikan orang lain.Eh apasal pulak nak cemburu ni?tak lain sebab arus cinta sedang berputar dalam diri anda.
  • lucu sekali apabila anda rasa sayang nak buang apa juga pemberiannya;tiket bas,pembalut gula2,waima daun kering.kalau lipas gigit benda2 tu semua,anda rasa tak geli nak gigit lipas tu balik.Anda  memang sedang mabuk cinta.



Hah,itulah misterinya cinta.Macam mana rasa gula,tak ada siapa boleh beritahu kecuali anda sndiri merasanya.Macam mana rasa bercinta,tak ada siapa boleh bagi tahu kecuali anda alaminya sendiri.Selamat bercinta untuk kegemilangan bukan kecurangan dan 
kedurjanaan.





No comments:

Post a Comment

eh jap da baca tu komen la sikit..hehe