- 1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
- epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
- Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
- itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
- 2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
- digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
- sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
- licin.
- 3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
- ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
- 4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
- sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
- hilang.
- 5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
- Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
- lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
- kulit muka akan cerah dan berseri.
- 6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
- dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat
- kulit muka yang gebu dan licin.
Sumber : http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_jerawat.htm
No comments:
Post a Comment
eh jap da baca tu komen la sikit..hehe