Sunday, 27 May 2012

suka-suki



ellow readers..lma nya sy x update blog nie kan...hehe bz bah...skrg nie sy start skul sdh..jdi penat n mls nak update hehehe...lgpun xda idea la maw tulis blog....hehe ok la tu jak la tuk ary nie....hahaha

Friday, 11 May 2012

kembali ke sekolah



lma tak update blog..huh maklumlah busy nak masuk pra-u...best rasa nya dpt balik ke skola lma sgt duduk d umah bosan jgk...x sbr rasanya maw start bljr di pra-u nie...skrg nie da guna sistem baru..mudah skit..hehe k la that's all for today bye2..

Saturday, 5 May 2012

luahan hati seorang anak polis....



sedih sya bca entry di bwh nie..entry nie di tulis oleh seorang anak anggota polis...kena sgt di hati sy sbb skrg nie rmai pihak suka menyalahkan pihak polis....bila bca nie mcm nak mngis pun ada sbb sy terfikirkan ayah sy yg jga seorang anggota polis....so tia sy phm sgt perasaan awk...di bwh nie adalah luahan hati tia...



Saya bukanlah berpihak dengan siapa-siapa. Tapi saya jugak punya rasa hati. Punya suara hati yang kadang-kadang orang tak boleh faham. Saya adalah seorang anak polis. Saya sayangkan ayah saya. Tanpa ayah , saya takkan boleh hidup sampai sekarang dan berada di sini.Bila mengenangkan ayah dan semua yang ayah dah buat untuk kami anak-anaknya dan isterinya , airmata saya laju mengalir.


Bila ada yang menggelarkan anggota polis sebagai anjing kerajaan , jadi siapa kami anak-anak polis ni? Anak anjingkah kami? Gara-gara nila setitik , rosak susu sebelanga. Gara-gara yang sikit buat jahat , habis semua dilibatkan. Bermacam-macam lagi tuduhan dan cacian yang saya tak sanggup nyatakan.


Hati saya sebak bila tengok ada antara anggota polis dipukul , diterajang , seolah mereka tak ada sanak saudara , keluarga dan anak-anak yang menanti kepulangan mereka dari bertugas. Macamana kalau hal tu berlaku pada saya?!


Saban hari , bila memikirkan waktu kritikal seperti bersih ni berlaku. Saya terfikir apakah ini lambaian dan ciuman terakhir ayah untuk kami? Kerana ayah perlu berhadapan dengan makhluk-makhluk yang membencikan tugas ayah.


Apa yang saya tahu , setiap hari sebelum ayah pergi kerja kami akan salam dan cium tangan ayah. Dan setiap kali tu juga ayah akan pesan dengan kami. Jangan lawan ibu , dengar cakap ibu , jangan biadab dengan orang lain , belajar sungguh-sungguh dan yang ayah selalu tegaskan. Jangan tinggalkan solat , kerana itu adalah tiang agama kita.


Sedangkan , di luar sana ayah dan rakan-rakan di cerca , dimaki , dipukul , semata-mata untuk menjaga keamanan negara. Fikirlah , dengan penghinaan sedemikian takkan kami anak-anak anggota polis hanya berdiam membiarkan orang yang kami sayang diperlakukan seperti haiwan.


Tiap kali ayah bekerja pada waktu subuh , hati saya sebak. Orang lain sedang lena tidur , ayah mengorbankan masa tidurnya untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberi. Sungguh , saya tak dapat nyatakan semua rasa yang ada dalam hati saya ni.

Saya berbangga bila ayah dapat membesarkan kami 7 orang adik beradik. Menyediakan rumah , pakaian , makanan dan barang asas yang lain. Tiada kurangnya kasih sayang ayah dengan kami. Dan kasih sayang ayah tu lah yang menjadikan saya dan seorang lagi adik saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Adik saya yang nombor 3 cemerlang dalam pelajarannya di sekolah.


InsyaAllah , saya akan belajar bersungguh-sungguh dan jadi orang yang berjaya dan berguna pada agama , bangsa dan negara. Saya mahu menyara hidup keluarga supaya ayah tak perlu lagi mengharungi episod duka dan hina ini.


Saya tetap berbangga dengan ayah saya dan tugasnya sebagai anggota polis yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan negara. Saya sayang ayah ..


#so kepada anak2 polis sekalian kita sepatutnya bangga dgn ayah kita..walaupun dorg dihina dan dicaci dorg tetap menjalankan tugas walau dlm apa keadaan sekalipun sehingga sanggup menggadaikan nyawa....