Monday 2 April 2012

TINGGIKANLAH HARGA CINTA ANDA


Dalam mendambakan cinta yang tulus mulus,kita memang perlu banyak bergantung pada ILAHI,sebab hanya TUHAN yang mengetahui seluruh isi hati.Kita hanya dapat menduga berdasarkan perspektif kita yang dangkal itu.Kadang2 kita benar; tapi selalunya kita tersilap.Firasat kita dibauri nafsu dan ini selalunya menyebabkan pandangan kita menjadi kelabu.Kita tidak mahu mengadah dan menepuk dahi dengan kata2, 'kenapa aku terlalu bodoh melihat kebaikan pada dirinya,padahal dah nyata dia memang buruk.'
Ketika itu tiada gunanya lagi.Hiduplah anda dengan seorang yang tidak cocok sama sekali dengan anda.Semua yang anda tidak sangka terhadap dia benar2 terjadi di hadapan mata anda.Hendak salahkan siapa?salahkanlah diri sendiri kerana terlalu menurut nafsu tatkala memilih.
Ingat seseorang yang bernama suami adalah seorang teman sepanjang hayat.Anda akan hidup bersamanya selagi hayat dikandung badan.Jika dia tidak sempurna,anda akan menanggung bebannya.Ramai wanita yang sempurna hidupnya sebelum bersuami menjadi tidak terurus selepas itu.
Wahai wanita,berikan harga yang tinggi terhadap cinta anda.



No comments:

Post a Comment

eh jap da baca tu komen la sikit..hehe